Kursus Pembangunan Kapasiti (KPK) adalah satu kursus yang perlu dihadiri oleh pengamal PT&K yang berumur kurang daripada 50 tahun dan tidak memiliki kelayakan diiktiraf namun mempunyai tempoh pengalaman mengamal seperti yang ditetapkan oleh pihak Majlis PT&K dalam empat (4) Bidang Amalan Diiktiraf sahaja iaitu Perubatan Tradisional Melayu, Perubatan Tradisional Cina, Perubatan Tradisional India dan Homeopati.
SIAPAKAH YANG PERLU MENGHADIRI KPK
Pengamal yang perlu menghadiri KPK akan dimaklumkan oleh CMPTK secara bertulis melalui surat dengan tajuk: ‘PEMAKLUMAN KEPERLUAN MENGHADIRI KURSUS PEMBANGUNAN KAPASITI’ yang ditandatangani oleh Setiausaha Majlis PT&K.
APAKAH MODUL KPK
✅ASAS PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU
✅KAEDAH PENGESANAN PENYAKIT
✅AMALAN KEROHANIAN
✅AMALAN PENGGUNAAN HERBA
✅URUTAN PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU
✅PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN
✅BEKAM MELAYU
BERAPA LAMAKAH TEMPOH KPK
✅ 107 JAM
BAGAIMANAKAH KPK DIJALANKAN
✅ ATAS TALIAN
HARI DAN MASA KPK DIJALANKAN
✅ ISNIN - JUMAAT
✅ 09:00am - 06:00petang
(Jadual akan dikelarkan kemudian, tertakluk kepada kelulusan pihak KKM)